Friday, April 15, 2011

KURSUS EDU WEB TV





Dalam usaha meningkatkan tahap pemahaman pelajar pada peringkat maksimum, guru-guru SMKSB telah mengikuti kursus EDU WEB TV. Kursus ini bertujuan untuk memahirkan guru menggunakan ICT sebagai medium untuk penyebaran maklumat.

Kursus ini telah berlangsung pada hari Isnin [ 11.4.2011] dan Rabu [13.4.2011]. Tujuan kursus ini diadakan berperingkat adalah untuk memastikan semua guru dapat menerima ilmu ICT pada peringkat maksimum. Selain itu, guru dapat memilih masa yang sesuai untuk menghadiri kursus ini.


Adalah diharapkan guru-guru dapat menggunakan pengetahuan ini untuk memaksimumkan pengetahuan pelajar-pelajar.

No comments:

Post a Comment