Friday, April 15, 2011

KURSUS EDU WEB TV





Dalam usaha meningkatkan tahap pemahaman pelajar pada peringkat maksimum, guru-guru SMKSB telah mengikuti kursus EDU WEB TV. Kursus ini bertujuan untuk memahirkan guru menggunakan ICT sebagai medium untuk penyebaran maklumat.

Kursus ini telah berlangsung pada hari Isnin [ 11.4.2011] dan Rabu [13.4.2011]. Tujuan kursus ini diadakan berperingkat adalah untuk memastikan semua guru dapat menerima ilmu ICT pada peringkat maksimum. Selain itu, guru dapat memilih masa yang sesuai untuk menghadiri kursus ini.


Adalah diharapkan guru-guru dapat menggunakan pengetahuan ini untuk memaksimumkan pengetahuan pelajar-pelajar.

Wednesday, April 6, 2011

AKHIRNYAAAAAAAAAAAA..........................

Peserta SMK Sungai Pasir bersama guru pengiring. Tahniah juga diberikan kepada peserta kerana telah memberi tentangan yang hebat. Semoga peserta SMK Sungai Pasir tabah dan berusaha untuk terus berjaya.

Peserta pantun SMKSB selepas kemenangan bergaya.


Pada tahun ini SMKSB telah berjaya muncul sebagai juara pantun daerah KMY 2011. Peserta-peserta telah berjaya mengalahkan johan tahun lepas iaitu SMKCFB pada peringkat separuh akhir. ...

dalam acara akhir peserta SMKSB telah berjaya mengalahkan peserta SMKSP..Warga sekolah mengucapkan setinggi tahniah kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam acara ini.

semoga kejayaan ini akan menjadi titik tolak kejayaan pada masa depan.....