Wednesday, April 28, 2021

MAKLUMAN PENTING

 Assalamulaikum dan salam sejahtera warga SMK Seri Badong.

ARAHAN PENUTUPAN SEKOLAH SUSULAN KES POSITIF COVID19
Dukacita dimaklumkan bahawa kita dihubungi oleh pihak PPD KMY semalam memaklumkan bahawa Pejabat Kesihatan Daerah telah mengesahkan bahawa 2 pelajar kita didapati positif Covid19.

Sehubungan itu, PPD telah mengarahkan sekolah kita untuk ditutup pada esok, Khamis, 29 April, 2021 untuk tujuan langkah-langkah perlu pihak PKD dan PPD.

Oleh itu, semua aktiviti PDPC secara bersemuka pada hari Khamis, 29 April, 2021 akan digantikan dengan PdPR. Jadual PdPR akan dikongsi melalui Guru Tingkatan sebentar lagi.

Sekiranya tiada arahan atau pengumuman tambahan dari MKN, KPM, JPN, PPD, KKM dan PKD, sekolah akan kembali dibuka pada hari Ahad, 2 Mei, 2021.

Marilah kita semua berdoa agar seluruh warga SMK Seri Badong sentiasa dilindungi. Pastikan pematuhan SOP pada setiap ketika.

Terima kasih semua.

 

-smksb blog admin-