Thursday, July 30, 2015

PROGRAM JAYA WARIS TINGKATAN 3 DAN 5

 30 Julai 2015, Dewan Makan Asrama SMK SERI BADONG, Sebuah Program Jaya Waris untuk Tingkatan 3 dan 5 telah berlangsung pada pagi ini bertujuan untuk merapatkan hubungan waris dengan pihak sekolah dan berkongsi matlamat sekolah di dalam percapaian murid-murid khususnya untuk pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki PT3 dan pelajar tingkatan 5 akan menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi, Semoga program-program yang di atur akan menjadi tidak tolak dan perangsang kepada pelajar untuk meningkatkan kualiti pembelajaran meraka dan kepada waris diharap memberi semangat dan bantuan dari segi mental dan fizikal supaya para pelajar dapat menghadapi peperiksaan didalam keadaan yang sihat dan selesa.




-smksb blog admin-

Tuesday, July 28, 2015

Majlis Sambut Pengetua En Malek B Abu Hassan

 26 Julai 2015, Smk Seri badong. Pada hari tersebut, telah diadakan majlis ringkas untuk menyambut ketibaan Pengetua baru SMK SERIBADONG iaitu En Malek B Abu Hassan dan di iringi oleh barisan pentadbir dan guru dari SMK SERI MAHAWANGSA Jitra kedah. Semua Pihak pengurusan, guru, staff dan murid amat-amat mengalu-alukan kehadiran Pengetua kerana setelah hampir 3 bulan SMKSB kekosongan jawatan pengetua. Dengan kehadiran En Malik B Abu Hassan selaku pengetua baru di Smk Seri Badong akan meneruskan kecemerlangan dan dapat mempertingkatkan kejayaan untuk semua warga SMK SERI BADONG, selamat maju jaya... #biarjasajadikenangan




-smksb blog admin-

Thursday, July 23, 2015

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENYERAHAN DUIT RAYA

 21 JULAI 2015, Dewan Al-Biruni, Smk Seri Badong. Pada hari ini telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran dan penyerahan duit raya untuk semua pelajar Smk Seri badong. Semoga semua pelajar dapat menafaatkan majlis ini dan Selamat Hari Raya Aidilfirti kepada semua pelajar daripada semua pihak pentadbiran, guru dan staff Smk Seri badong, Maaf Zahir dan Batin... #kosong-kosong #inikanraya




-smksb blog admin-