Tuesday, March 29, 2011

MAJLIS BANTUAN KEPADA PELAJAR.

Pada bulan April akan diadakan satu program untuk membantu pelajar SMKSB. Bantuan ini bertujuan untuk membantu sebilangan pelajar SMKSB yang berada di bawah tahap kemiskinan. Selain itu bantuan ini juga bertujuan untuk memberikan motivasi kepada pelajar dan menyedarkan mereka bahawa warga sekolah lain mengambil berat terhadap mereka.

Bagi menjayakan majlis ini, pihak sekolah memberi peluang untuk individu dan syarikat untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada pihak sekolah. Bantuan yang tuan puan hulurkan akan digunakan sebaiknya untuk pelajar-pelajar sekolah ini. Segala bantuan dan pandangan daripa tuan puan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sebarang bentuk bantuan boleh menghubungi pihak sekolah :

1. Puan Jamalia bt. Osman [ PENGETUA ]
2. Puan Masadah bt Sajadi [ PK PENTADBIRAN ]
3. Encik Azman b. Abdullah [ PK HEM ]
4. Puan Aminah Bt Darus [ PK KOKURIKULUM ]

BERITA PANAS............

Pada tahun ini Majlis Anugerah Cemerlang SMKSB akan terdapat perubahan. Perubahan ini ialah idea daripada Puan Jamaliah bt. Osman. Majlis tersebut akan berlangsung pada 23 APRIL 2011.
Oleh itu tunggu laporan tersebut selepas pada 23 APRIL. 2011.................... Apakah perubahan yang dibawa oleh Pengetua???????? Sama-sama kita tunggu dan lihat perubahan tersebut.....

MAJLIS TAUTAN MESRA BERSAMA PENGETUA

Satu majlis akan diadakan untuk waris tingkatan 3 dan tangkatan 5 dan kelas-kelas KRK. Majlis ini bertujuan untuk melaukan peningkatan prestasi akademik dan sahsiah pelajar. Selain itu, majlis ini bertujuan untuk mengwujudkan interaksi antara pihak sekolah dan ibu bapa bagi melahirkan pelajar yang cemerlang. Antara lain, majlis ini bertujuan untuk memastikan pelajar memahami matlamat pembelajaran mereka dan ibu bapa akan bertindak sebagai pemantau dan pembimbing ketika pelajar berada di rumah.

Majlis ini akan berlangsung seperti berikut :

TARIKH : 31 MAC 2011 [ AHAD ]
JAM : 8.30 PAGI - 11.00 PAGI


Pihak sekolah berbesar hati menjemput semua waris pelajar tingkatan 3 dan tangkatan 5 dan kelas-kelas KRK datang ke sekolah pada tarikh tersebut. Semoga kehadiran tuan dan puan akan memeriahkan majlis ini dan memberi motivasi kepada anak jagaan tuan dan puan.


Monday, March 28, 2011

PENGUMUMAN UNTUK WARGA SEKOLAH

-Admin-

Pihak pengurusan blog sekolah memberi peluang kepada pelajar dan bekas pelajar sekolah untuk memuatkan sebarang bentuk maklumat untuk dikongsi bersama. Peluang ini diberikan bertujuan memastikan terdapat percambahan ilmu dalam kalangan warga sekolah. Adalah juga diharapkan bekas pelajar sudi menghulurkan berita kepada pihak pengurusan blog supaya pengalaman anda dapat dijadikan contoh dan tauladan kepada adik-adik di sekolah ini.

Sumbangan anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan perlulah di e mailkan kepada saya :
matt_smksb@yahoo.com

BERITA BAIK KEPADA WARGA SEKOLAH

-Admin-

Pada masa ini pihak sekolah telah melancarkan Radio Bahasa. Radio ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu versi Bahasa Melayu dibawah kelolaan Panitia Bahasa Melayu dan versi Bahasa Inggeris dibawah kelolaan Panitia Bahasa Inggeris. Radio ini bertujuan untuk menambah kosa kata pelajar dan seterusnya dapat menggunakan perkataan tersebut untuk kegunaan hari kemudian.

Sebarang pertanyaan dan penambah baikan mengenai Radio Bahasa ini sila berjumpa :

Puan Siti Norma ( Bahasa Melayu)
Encik Lai Pak Chun ( Bahasa Inggeris )

PESTA PANTUN

-Admin-
Pada tahun ini sekali lagi SMK Seri Badong diamanahkan menjadi tuan rumah pesta pantun daerah KMY. Persedian rapi telah dirancang bagi memastikan pesta pantun berlangsung lancar.

Tarikh : 4 dan 5 APRIL 2011
Hari : ISNIN dan SELASA

Adalah diharapkan pasukan pantun sekolah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir.
Warga sekolah berdoa kejayaan anda.

Thursday, March 24, 2011

KEPUTUSAN SPM 2011

-Admin-

Keputusan SPM 2010 yang telah diumumkan pada 23 Mac 2011
Berikut adalah senarai pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.
Adalah menjadi harapan pihak sekolah, agar kejayaan yang ditunjukkan oleh pelajar ini menjadi contoh dan ikutan kepada pelajar yang bakal mengambil SPM 2011.

BIDANG SAINS

1. SITI NAZIHA MOHD RADZI [6A2B2C]
2. NURUL IZZATY BT ISHAK [ 5A4B1C]
3. ROSAMALINA BT YUSOP [5A3B1C]
4. NURFAHANA BT MOHAMED FAUZI [5A2B2C1D]
5. SYAZWANI BT OMAR [ 5A2B1C2D]
6. AMIRAH SUHAILA BT ZAHARI [ 4A1B2C3D]
7. NOR SYAKIRAH BT JAAFAR [4A1B2C3D]
8. NUR AZLINA BT KHAMIS [ 4A2C4D]
9. NOOR IDAYU BT IBRAHIM [4A1B2C2D1E]

BIDANG KEMANUSIAN

1. MAIMUNAH BT ABDUL HAMID [ 7A2B1D]
2. NURUL SYAKIRAH BT MOHD MOHID [5A3B1C1D]
3. MOHAMED RAOUF B. MOHAMAD NOH [ 4A1B3C2D]
4. AHMAD RUZAINI B. MD SAAD [ 4A1B2C3E ]


Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar yang berjaya. Semoga kejayaan ini sebagai permulaan kepada kejayaan berikutnya.


PROGRAM INSPIRASI BAHASA MELAYU PMR 2011

-Admin-

Program Inspirasi Bahasa bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan PMR. Adalah menjadi harapan para guru agar program ini akan dapat menambahkan pengetahuan pelajar dan seterusnya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2011.

Program ini dilaksanakan dua peringkat.

FASA 1 [ 3 KRK / 3 MURNI / 3 IKHLAS ]
Tarikh : 21 Mac 2011
Masa : 8.00 pagi - 1.30 tengah hari
Tempat : Dewan Makan Asrama SMKSB



FASA 2 [ 3 SETIA / 3 AMANAH ]
Tarikh : 29 Mac 2011
Masa : 8.00 pagi - 1.30 tengah hari
Tempat : Dewan Makan Asrama SMKSB


Program Inspirasi Bahasa SPM 2011. Program bertujuan untuk meningkat kemahiran pelajar memahami dan menjawab soalan SPM 2011.


Tarikh : 27 Mac 2011
Masa : 8.00 pagi - 1.30 tengah hari
Tempat : Dewan Makan Asrama SMKSB

Semoga pelajar mendapat manafaat