Tuesday, March 29, 2011

MAJLIS BANTUAN KEPADA PELAJAR.

Pada bulan April akan diadakan satu program untuk membantu pelajar SMKSB. Bantuan ini bertujuan untuk membantu sebilangan pelajar SMKSB yang berada di bawah tahap kemiskinan. Selain itu bantuan ini juga bertujuan untuk memberikan motivasi kepada pelajar dan menyedarkan mereka bahawa warga sekolah lain mengambil berat terhadap mereka.

Bagi menjayakan majlis ini, pihak sekolah memberi peluang untuk individu dan syarikat untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada pihak sekolah. Bantuan yang tuan puan hulurkan akan digunakan sebaiknya untuk pelajar-pelajar sekolah ini. Segala bantuan dan pandangan daripa tuan puan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sebarang bentuk bantuan boleh menghubungi pihak sekolah :

1. Puan Jamalia bt. Osman [ PENGETUA ]
2. Puan Masadah bt Sajadi [ PK PENTADBIRAN ]
3. Encik Azman b. Abdullah [ PK HEM ]
4. Puan Aminah Bt Darus [ PK KOKURIKULUM ]

No comments:

Post a Comment