Saturday, November 28, 2009

Selamat Hari Raya Korban

kami warga smksb mengucapkan selamat hari raya Korban buat semua pelajar dan waris dan mengharapkan hari raya kali ini disambut dengan meriah sekali. kepada pelajar - pelajar yang menghadapi peperiksaan SPM kami mendoakan anda semua berjaya dalam peperiksaan .....amin

Wednesday, November 4, 2009

LDP Ceramah pemaufakatan oleh en yahya





Ceramah yang bertajuk permaufakatan ke arah kecemerlangan sekolah . yang telah disampaikan oleh En yahya tahrin . pada ldp kali ini menampakkan beberapa kelainan dari segi permaufakatan yang ingin dibentuk supaya mencapai sasaran kerja yang cemerlang. antara kandungan ceramah tersebut banyak menyentuh tentang konsep hijrah.
maksud hijrah ialah. H = hamba Allah I= Ibadah J=Jasmani R =Rohani A =Al-Quran dan H = hadis Mengikut apa yang dikupas oleh tn. haji Jelaslah kecemerlangan sesuatu itu sangat bergantung kepada kehendak dan kebolehan kita .
terima kasih diucapkan pada semua yang terlibat dalam melaksanakan program ini.

Sambutan Bulan Bahasa



Dalam memantapkan pengunaan bahasa kebangsaan satu sambutan bulan bahasa telah diadakan di smk seri badong pada 29.10.2009 . dalam sambutan ini banyak akiviti telah di jalankan antaranya persembahan sajak .pantun,nasyid dan lain -lain lagi. sambutannya sangat meriah .

Tuesday, October 6, 2009

Peperiksaan PMR 2009

Guru-guru smksb mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan pmr bagi pelajar -pelajar tingkatan 3. dan mendoakan semua pelajar dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang .

Saturday, August 8, 2009

pelajar krk 2009

pelajar-pelajar KRK SMKSB pada tahun ini telah berkesempatan mengadakan program peningkatan cemerlang bertempat di Kem Merbok pada 5.8.2009 -6.8.2009. Alhamdulilah semua berjalan lancar seperti yang dirancangkan .

QIYAMULLAIL TING. 5

bagi memantapkan pencapaian pelajar -pelajar SPM satu khemah Ibadat telah di adakan di sekolah ini dengan harapan pelajar -pelajar akan mempunyai semangat dan bermotivasi yang tinggi untuk berjaya dalam peperiksaan . Khemah ibadat ini di adakan pada 6.8.2009 - 7.8.2009 .khemah ibadat ini telah di isi dengan program - program seperti berikut:
1 Ceramah motivasi yang di sampaikan oleh ustaz Mohd Asri
2 Qiyamullail yang di pimpin oleh Yang Berbahagia Ustaz Muslan. Ustaz Ahmad Baseri dan rakan seperjuangan.
3 ldk dan kuliah subuh.
sama-samalah kita berdoa semoga pelajar -pelajar kita akan berjaya dalam peperiksaan Amin
gambar akan menyusul nanti Harap bersabar

LDP kali 3











pada 8/8/2009 hari sabtu satu LDP telah di adakan di Medan infodesa , singkir .yan. dalam LDP kali ini guru -guru banyak di dedahkan dengan kaedah eduweb tv dan peranannya dalam mengemaskan pembelajaran guru berasaskan teknologi yang mantab dan berinovasi kedua protokol dan pelancongan. semoga LPD kali ini mendapat manfaat yang sewajarnya.
terima kasih buat semua warga SMKSb yang terlibat secara langsung dalam menguruskan program ini.

Friday, June 26, 2009

Pada hari selasa 23.6.2009 seorang warga smksb telah kembali ke rahmatullah iaitu cikgu shahidan.marilah kita hadiahkan al fatihah buat aruah Al Fatihah......................
pada 25.6.2009 kita mendapat lagi satu berita kematian ayah cikgu mukhtar. Al-Fatihah.........................semoga mereka di tempatkan di dalam syurga Amin.....................

Sunday, June 21, 2009

acara hari perpisahan pengetua Othman Said


Pada hari yang bersejarah ini .sekolah ini telah meraikan satu perpisahan seorang guru yang sangat disayangi lagi dikasihi iaitu cikgu Othman Said Pengetua SMKSB .bersemperna dengan hari yang bersejarah ini pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih diatas khidmat beliau selama berada di sekolah ini.

selamat datang diucapkan kepada pengetua baru




kami warga smksb mengucapkan selamat datang kepada pengetua baru .iaitu en omar baharom dari smk pulau nyur jitra kedah .dan tak lupa kepada pengetua lama yang telah bertukar ke sekolah men. tengku sulung semoga bertambah ceria selalu di samping warga baru.

Sunday, May 24, 2009

LDP di Teluk Nipah













pada 23.5.2009 hari sabtu .satu latihan dalam perkhidmatan telah diadakan di Teluk Nipah dengan kerjasama pusat kokurikulum telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang dan teratur.Program seumpama ini amatlah besar makna bagi golongan pendidik kerana dapat melihat keupayaan masing dalam merealisasikan tujuan dan matlamat yang di harapkan.kejayaan latihan ini tidak akan tercapai sekiranya tiada kerjasama antara guru.
terima kasih diucapkan buat c.azman C. Noaishah musa serta ahli jawatan kuasa yang merancang program seumpama ini.

pertandingan pantun



Pantun