Monday, November 5, 2012

-smksb blog admin-


SEMOGA SEMUA PELAJAR TENANG DAN SABAR KETIKA BERADA DALAM DEWAN PEPERIKSAAN ...........................

Man Jadda Wajada..

Kepada Pelajar-pelajarYang Mengambil SPM Esok, Pihak Sekolah MenDoakan Yang Terbaik Untuk Kamu Semua..Sebelum Keluar Rumah Esok, Jangan Lupa Minta Doa & Kata2 Semangat Dari Ibu Kamu, Kerana Setiap Percakapan Ibu Adalah Doa Untuk Anaknya..Doa Dari Ayah Juga Diperlukan..

Pihak Sekolah  Kongsikan Satu Doa Yang Ringkas Yang Selalu Admin Guna Masa Nak Masuk Dewan Peperiksaan Masa Sekolah Dan Belajar Dahulu..

"Ya Allah, Ampunilah Segala Dosaku, Permudahkanlah Segala Urusan Ku, Berkatilah Ilmu yang Aku pelajari, Kerana Engkau Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Menyayangi..Amin..
 
 

Thursday, November 1, 2012

LAWATAN PM MALAYSIA

-smksb blog admin-

SELAMAT DATANG PERDANA MENTERI MALAYSIA


Perdana Menteri Malaysia menandatangani buku lawatan sempena kedatangan beliau ke SMK Seri Badong

LAWATAN KERJA PERDANA MENTRI MALAYSIA KE TANJUNG DAWAI

-smksb blog admin-

Pada 31 Oktober 2012, SMKSB telah diberi peluang untuk menyambut kedatangan Perdana Menteri  Malaysia sempena lawatan kerja keTanjung Dawai. Perdana Menteri telah datang menaiki helikopter. Majlis sambutan berjalan lancar............

 
Pengetua SMKSB bergambar kenangan bersama Perdana Menteri Malaysia.
 
 
Helikopter yang dinaiki oleh Perdana Menteri
 

Perdana  Menteri Malaysia melambai tangan kepada pelajar sekolah SMKSB
 

 
Guru dan pelajar mengambil kesempatan melihat helikopter yang telah dinaiki oleh Perdana Menteri
 
 
Pelajar-pelajar yang terlibat dalam majlis sambutan Perdana Menteri Malaysia
 
 

Friday, October 19, 2012

-smksb blog admin- 18 - 10- 2012
Kelab Guru dan Staff SMKSB telah mengadakan jamuan tahunan  sempena mengenang jasa guru dan staff. jamuan ini juga secara tidak langsung bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama rakan sekerja. Jamuan ini telah dikendalikan oleh pengerusi tetap kelab guru iaiutu Cikgu Burhannuddin, Dalam ucapan ringkas, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada beliau sebagai pengerusi kelab. jamuan ini telah diadakan di Hotel Nuriz Zain di Sungai Petani........................

rakan kelab guru menikmati juadah yang dihidang..................................

Monday, October 15, 2012

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN..........

-smksb blog admin-
Semoga pelajar tingkatan 2 dan 4 tabah menghadapi Peperiksaan Akhir tahun. Lakukan yang terbaik. Pencapaian anda merupakan kejayaan pihak sekolah.............. semoga berjaya

PMR..................

-smksb blog admin-
Selamat menduduki PMR bagi pelajr-pelajat tingkatan 3 2012. Semoga perjuangan anda akan membuahkan hasil yang lumayan. Pihak sekolah mendoakan supaya anda berjaya........

Wednesday, July 11, 2012

1MURID 1SUKAN ( SENAMROBIK)

-smksb blog admin-
Senamrobik serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat sejarah dalam Malaysian Book of Record sbagai Largest Simultaneous Participation of School Students In An Aerobic Session. Taniah diucapkan kepada peserta yang terlibat.........

Thursday, April 19, 2012

TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU T3

-smksb blog admin-
Dalam usaha untuk memastikan berlaku peningkatan dalam peperiksaan PMR 2012, Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan bengkel menjawab Bahasa Melayu Kertas 2. Bengkel ini terbahagi kepada dua kumpulan.

Kumpulan 1 : kelas 3KRK, 3 MURNI, 3IKHLAS [ 17.4.2012 ]
Kumpulan 2 : Kelas 3 SETIA, 3 AMANAH, 3 CEKAL [ 18.4.2012]

Harapan guru-guru Bahasa Melayu supaya pelajar mendapat manafaat dari bengkel menjawab ini.

Thursday, March 1, 2012

KELAS TAMBAHAN.

-smksb blog admin-
Pada minggu ini [ 26 feb - 1 mec ] telah diadakan kelas tambahan bagi tingkatan 3 dan 5. Kelas bermula jam 2.30 petang. Pihak pentadbir berharap agar pelajar bersedia untuk menghadiri kelas tambahan yang telah dirancangkan.

Ibu bapa juga diharapkan memantau kedatangan pelajar ke kelas tambahan yang telah dirancang oleh pihak sekolah.

Semoga usaha ini diberkati Allah dan pelajar beroleh kejayaan yang cemerlang.

UJIAN BULANAN..........

-smksb blog admin-
Pada minggu hadapan akan diadakan ujian bulanan. Sehubungan itu, pihak sekolah berharap pelajar meningkatkan usaha mengulangkaji pelajaran agar mendapat keputusan yang cemerlang. Selain itu,ibu bapa pelajar juga diharapkan dapat memberi sokongan kepada anak jagaan mereka.

USAHA TANGGA KEJAYAAN........... semoga berjaya.

syabas..................

























-smksb blog admin-
tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar SMK Seri Badong atas kejayaan dalam majlis Tilawah Al quran. Berikut adalah senarai peserta yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah.

1. Siti Fasehah Mohd Desa-saguhati
2:peserta kuiz agama..johan peringkat zon
3;peserta tilawah lelaki...Nazirul Shah b Mansor-saguhati
4;peserta nasyid di bawah pimpinan Mohd Noor Hafifi Hassan

MINGGU PENDIDIKAN ISLAM




















-smksb blog admin-
Program ini dirancang sebagai proses pemilihan awal di peringkat sekolah untuk memilih murid-murid yang berbakat mewakili sekolah dalam Majlis Tadarus Al Quran peringkat daerah,negeri dan kebangsaan.

Antara objektif adalah:
1. mencungkil bakat murid dalam bidang yang diminati
2. memberi pendedahan kepada murid lain mengenai acara yang dipertandingkan
3. memberi pengikhtirafan murid yang berkebolehan
mendekatkan murid dengan penghayatan agama islam




































Tuesday, January 17, 2012

LATIHAN SUKAN.

-Admin-
Dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berwibawa dan berkretampilan pihak sekolah berusaha sedaya upaya untuk membangunkan sahsiah pelajar. Bidang sukan tidak terkecuali. Sehubungan itu, pihak sekolah telah mengaturkan latihan sukan akan bermula pada 16 Januari 2012. latihan bermula pada jam 3.30 petang - 5.30 petang.

Pihak sekolah berharap agar pelajar dapat meningkatkan komitmen yang tinggi dalam usaha menjadikan sekolah ini kompetitif dalam bidang sukan.

KELAS INTERVENSI

-Admin-
Kelas Intervensi bagi pelajar Tingkatn 1 akan bermula pada 16 Januari 2012. Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kecekapan dan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar.
Sehubungan itu, pihak sekolah berharap agar ibu bapa dapat memberi kerjasama dari segi memantau kedatangan anak-anak mereka ke sekolah.

Pembantu guru untuk kelas ini ialah Cik Nur Atikah Amirah bt Ramli.

KURSUS LDP 1

-Admin-
Kursus LDP 1 telah diadakan pada 7 Januari 2012.
Antara matlamat kursus adalah mengenai Pentafsiran Berasaskan Sekolah (PBS). Selain itu, pihak pengurusan berharap para guru memahami kaedah pelaksanaan PBS selari dengan Kementerian Pelajaran.

Kursus ini telah diadakan di Makmal ICT dan dikendalikan oleh :
1. Puan Azibah bt Abd Yazid
2. Puan Rohani bt Yahaya
3. Encik Abdul Halim bin Sharif