Tuesday, February 24, 2015

 MAJLIS PERSARAAN CIKGU ANISOFIAH

SMKSERIBADONG, Dewan Al-Biruni, 17 Feb 2015. Pada hari ini, Smk Seri badong kehilangan seorang lagi pendidik yang amat dihormati oleh segenap lapisan di dalam SMK Seri Badong. Pn Anisofiah telah mula berkhidmat di SMK Seri Badong pada 1997, telah menabur bakti selama 18tahun di SMK Seri Badong. Semoga pejalan hidup Pn Anisofiah mendapat rahmat dan dipermudahkan. Selamat bersara. Terima kasih Cikgu, segala nasihat dan tunjuk ajarmu akan dijadikan panduan sepanjang hayat..




-smksb blog admin-

Monday, February 16, 2015


 LATIHAN KEBAKARAN

 SMK SERI BADONG, 12 FEB 2015. Pada hari tersebut telah diadakan latihan kebakaran peringkat sekolah dengan kerjasama Jabatan BOMBA dari daerah Yan. Latihan tersebut diadakan bagi melatih para pelajar untuk membiasakan diri dengan keadaan kecemasan terutamanya jika berlaku kebakaran di bangunan sekolah dan asrama. Ia bertujuan memberi pendedahan awal jika berlaku apa-apa kebakaran supaya pelajar tahu perkara asas apa yang perlu dilakukan. Semoga latihan ini dimaanfaat sepenuhnya oleh semua pelajar dan guru-guru di SMK SERI BADONG.







-smksb blog admin-

Monday, February 9, 2015

 MERENTAS DESA


SMK SERI BADONG, 7 FEB 2015. Pada tarikh tersebut, telah berlangsung acara merentas desa yang di anjurkan setiap tahun. Walaupun laluan tahun ini dipendekan, tetepi kemeriahan tetap panas sepanas cuaca pada pagi itu.  Tahniah kepada semua pemenang dan semua pelajar yang mengambil bahagian.






-smksb blog admin-

Wednesday, February 4, 2015


TN HJ ZAKARIA B K.N ABD RAHIM


2 FEBRUARI 2015. DEWAN AL-BIRUNI, SMK SERI BADONG, Pada hari ini, telah berlangsung majlis persaraan Tn hj Zakaria iaitu guru yang bertugas di SMK SERI BADONG, beliau mula berkhidmat di SMK SERI BADONG pada 1987 sehingga 2015, telah brkhidmat selama 27 tahun di SMK Seri Badong. Pada tarikh ini, tamatlah sudah perkhidmatan dalam bidang perguruan tetapi tetap menjadi guru di dalam hati semua anak-anak murid beliau selama-lamanya. Terima Kasih Tn Hj Zakaria, ILMU yang di curah tidak ternilai harganya...








-smksb blog admin-