Monday, November 14, 2011
peperiksaan SPM 2011
Alhamdulilah .hari ini pelajar pelajar Ting 5 Telah pun menduduki peperiksaan SPM. kami warga SMKSB mendoakan semua pelajar dapat menjawab peperiksaan dengan baik.
Thursday, September 22, 2011
MAJLIS MEMBACA YASIN DAN SOLAT HAJAT
-Admin-
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SMK Seri Badong akan mengadakan majlis membaca yassin dan solat hajat seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 29 September 2011
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Masjid Al Abidi Kg Pasir, Merbok, Kedah
Jesteru pihak sekolah dengan segala hormatnya mengundang tuan/puan ke majlis demi mencari keberkatan daripada Allah S.W.T agar anak-anak kita berjaya dalam peperiksaan kelak.
Sunday, August 7, 2011
PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR
-Admin-
Pada minggu ini 7hb Ogos sehingga 11 Ogos 2011 diadaka percubaan PMR.
Pihak sekolah mengucapkan selamat menjawab peperiksaan kepada pelajar tingkatan 3. Semoga pelajar tabah dah berusaha bersungguh-sungguh demi masa depan yang cemerlang.
Friday, July 1, 2011
PROGRAM JAYA WARIS
-Admin-
Pada hari Ahad 3 julai akan diadakan program Jaya Waris. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk memboleh ibu bapa dan guru berbincang untuk meningkatkan akademik pelajar. Adalah diharapkan juga perjumpaan ini dapat menyelesaikan permasalahan pelajar terutamanya berkaitan pelajaran.
Program ini bermula jam 10.00 pagi sehingga 2.00 petang. Kehadiran waris adalah diharapkan. Kerjasama waris adalah diharapkan agar program ini berjaya.
LARIAN 1 MALAYSIA
-Admin-
Semua mrid wajib hadir ke sekolah pada hari Sabtu 2 Julai 2011........ Pada hari ini akan diadakan larian 1 Malaysia. Selepas itu akan diadakan beberapa aktiviti yang menarik yang boleh disertai oleh pelajar.............
Tuesday, June 28, 2011
HARI KOKURIKULUM
-Admin-
Pada 28 Jun 2011, SMKSB akan mengadakan Hari Korikulum. Tujuan diadakan hari korikulum ini adalah untuk mencungkil bakat keusahawanan dalam kalangan pelajar. Pada hari ini diberikan peluang pelajar untuk berniaga dan melakukan persembahan.
Selain itu, pada hari ini pelajar yang telah berjasa dan menaikkan nama sekolah akan diberi penghargaan. Semoga pelajar dapat memberi komitmen sepenuhnya pada hari ini.
Tuesday, May 10, 2011
MINGGU PEPERIKSAAN
Bermula pada minggu ini semua pelajar sekolah SMKSB akan menghadapi peperiksaan Pertengahan tahun. Adalah diharapkan semua pelajar berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapi peperiksaan ini.
Semua warga pengajar mengucapkan semoga pelajar memberi dan menjawab soalan dengan tenang
Subscribe to:
Posts (Atom)