Wednesday, December 29, 2010

Keputusan PMR 2010

Alahamdulilalh syukur kehadrat ilahi kerana semua ketentuan adalah kehendaknya.
Kami warga SMKSB mengucapkan tahniah kepada yang berjaya memperolehi keputusan yang baik pada tahun ini. semoga kejayaan yang diperolehi ini akan meningkatkan lagi semangat untuk terus ke hadapan.
keputusan PMR bagi tahun 2010
4 orang pelajar perempuan telah berjaya mendapat 8A
4 orang mendapat 7A
4 Orang mendapat 6A

Sunday, October 24, 2010

Majlis sambutan pengetua baru


Satu majlis telah diadakan bagi menyambut pengetua baru iaitu Cikgu Jamaliah dari SMK Khir Johari pada 24.10.2010. jam 10 pagi bertempat di dewan Al-Biruni SMKSB. Kami Mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas Di SMKSB.

majlis perpisahan pengetua SMKSB

Pd tarikh 21.10,2010 satu majlis telah diadakan bagi meraikan hari perpisahan tuan pengetua cikgu Omar bin baharom yang akan berpindah ke Sekolah baru Di sekolah alor biak.kami warga SMKSb Mengucapkan selamat bertugas di Tempat baru.

Thursday, October 21, 2010

pembinaan Surau SMKSB

Assalamualaikum...................
Pihak sekolah bersama PIBG SMKSB telah berusaha mencari sumbangan untuk membina sebuah surau untuk kegunaan pelajar-pelajar. pembinaan surau ini melibatkan kos yang menelan perbelanjaan sebanyak RM 180000 . keluasan pembinaan 60' x 60' . pada peringkat ini tapak pembinaan telah berjalan.....
saya mengharapkan sesiapa yang ingin menyumbangkan dana untuk pembinaan surau ini bolehlah menghubungi pihak sekolah di talian 04-4575386 atau 012465 1374. saya akan masukan akuan bank selepas ini .
saya beharap kita akan berjaya menyiapkan surau ini secepat mungkin. amin.......................

Wednesday, October 20, 2010

Perasmian Telaga Tuib

Pelancaran telaga tiub di SMKSB akan diadakan pada 30.10.2010. Majlis akan bermula pada pukul 9.30 pagi. Perasmian akan dilakukan oleh Yang Berbahagia Dato' Zoal Azha Bin Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar Malaysia.

Sunday, September 26, 2010

selamat menduduki peperiksaan PMR 2010

Kami warga guru SMK Seri Badong mendoakan semoga calon-calon PMR 2010 SMK Seri Badong dapat memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan diduduki pada 05 Oktober 2010 hingga 11 Oktober 2010.Kami mengharapkan segala ilmu yang dicurahkan berguna sebagai panduan untuk para calon.Di samping itu juga,kami menghalalkan segala ilmu,tunjuk ajar kami kepada calon-calon PMR 2010.Semoga berjaya!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, June 27, 2010

Pesta KoKurikulum SMKSB

Tarikh : 1 Julai 2010 (Khamis)
Masa : 9 pagi - 3 petang
Tempat : Perkarangan SMK Seri Badong
Perasmian oleh : En Ahmad Shukri bin Shafie (Pen. Pengarah Kanan Pusat KoKurikulum Negeri Kedah)

Program Rakan Masjid

Tarikh : 26 Jun 2010 (Sabtu)
Tempat : Masjid Singkir Laut
Masa : 6.30 petang - 10.45 malam
Dirasmikan oleh : Tuan Haji Ismail bin Shaidan (Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan)

Sunday, April 18, 2010

Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke-26 2010



Tarikh : 8 April 2010
Hari : Khamis
Tempat : Padang SMK Seri Badong
Perasmian : Tuan Haji Zakaria bin Haji Ismail, PPN, PCK, BKM, PPL (YDP PIBG SMKSB)

Sunday, April 4, 2010

sambutan bulan bahasa

sambutan bulan bahasa diadakan pada 4 april 2010....guru2 yg mengajar bahasa melayu dan inggeris diarak dengan tepak sireh dan bunga telur...tepak sireh itu kemudiannya dihadiahkan kepada tuan pengetua...pembukaan persembahan dimulakan dengan persembahan pantun oleh Mohd Hazwan dan Nur Syazwani kemudian persembahan silat oleh pelajar tingkatan 3....kemudian persembahan nyanyian oleh Mohd Faiz dan Mohd Syafiq...diikuti oleh persembahan syair oleh Siti NurHamiza...dan diikuti oleh persembahan nyanyian oleh Nur Z uriana diiringi petikan gitar oleh Mohd Faiz...

Thursday, April 1, 2010

Seksa jadi cikgu



TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kiri), bersalaman bersama Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan semasa Perjumpaan bersama NUTP di Parlimen di Kuala Lumpur, semalam. - Foto BernamaJawatankuasa khas diberi dua bulan selesai tekanan hidup guru: MuhyiddinKUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik pelajar.
Jawatankuasa itu yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan mengenal pasti tahap keseriusan isu berkenaan serta diberi tempoh dua bulan untuk menyelesaikannya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata berdasarkan aduan NUTP, selain tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.“NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja setiap Sabtu disebabkan terbabit dengan banyak aktiviti, sedangkan pekeliling yang dikeluarkan membenarkan guru bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan.“Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana tidak mahu tugas hakiki guru, iaitu mendidik pelajar tidak terganggu disebabkan bebanan macam-macam tugas yang terpaksa dibuat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran dengan NUTP di bangunan Parlimen, semalam.Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, jawatankuasa itu akan mengenal pasti punca masalah berkenaan dan mencari penanda aras yang boleh diguna pakai bagi menyelesaikannya. “Piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi boleh kita contohi,” katanya.Muhyiddin berkata, kementerian menyedari tugas sebenar guru ialah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bukannya melakukan tugas tertentu yang sepatutnya dilakukan kerani.Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang menekankan aspek kokurikulum di sekolah mendapat maklum balas positif daripada NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.“NUTP turut menyokong Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan jaringan pendidikan kepada rakyat. Kementerian akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada guru dan rakyat,” katanya.

Monday, March 29, 2010

Guru bestari






CIRI-CIRI GURU BESTARI

BERILMU PENGETAHUAN
Mempunyai ilmu yang mendalam mengenai profesion perguruan dan bidang yang diajar.Ia dapat memberi keyakinan pada pelajar bahawa gurunya akan dapat memberi pengajaran yang sempurna.
BERKEMAHIRAN
Mempunyai kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang diberikan dengan menggunakan peralatan berteknologi.
CERDAS & CERGAS
Cerdas dan pandai mencerakin sesuatu masalah, dapat menjangka masalah yang mungkin timbul dan mengambil langkah awal untuk mencegahnya.
BERILTIZAM TINGGI
Mempunyai kesungguhan , ketekunan , dedikasi dan rasa bersalah jika tidak melaksanakan tugas dengan sebaiknya.
BERPANDANGAN POSITIF
Mempunyai tanggapan positif terhadap setiap pelajarnya dan berhak mendapat pendidikan serta berpotensi untuk dimajukan.
BERLAKU ADIL
Melayan semua pelajar secara sama rata tanpa membezakan .
IKHLAS
Bersungguh-sungguh menjalankan tugas tanpa mengharapkan balasan malah menganggapnya sebagai ibadah dan bersyukur apabila memperoehi kejayaan.
KREATIF DAN INOVATIF
Sentiasa berusaha mencari jalan memperbaiki kelemahan dan membuat perubahan yang boleh memberi faedah kepada diri dan pelajar.
BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN
Bijak berkomunikasi serta berupaya menjalin hubungan mesra dengan guru dan pelajar.
SENTIASA MENEPATI MASA
Bijak mengatur masa supaya dapat menghasilkan kerja yang baik mengikut masa yang ditetapkan.
BERWAWASAN
Berwawasan dan bercita-cita tinggi bahawa pelajar dan dirinya sendiri akan dapat mencapai sesuatu yang terbaik pada masa akan datang.
MENJADI CONTOH YANG BAIK
Guru seharusnya mempunyai budi pekerti yang mulia dan menjadi contoh yang baik kepada pelajar. Kata nasihat guru jangan bertentangan dengan perbuatannya.
PENYAYANG
Menyayangi pelajar seperti anak sendiri.

Sunday, March 28, 2010

Akademik, sukan sama penting


myMetro Variasi Bestari
Akademik, sukan sama penting
Oleh g Suliati Asrisuliati@hmetro.com.my2010/03/22

SATU Pelajar Satu Sukan...Mungkin itulah tema paling sesuai menggambarkan hasrat Kementerian Pelajaran yang mahu mewajibkan semua pelajar menyertai satu jenis sukan mulai tahun depan.
SIHAT...sukan berupaya melahirkan pelajar yang sihat dan cemerlang - Gambar Hiasan

SEIMBANG...akademik dan sukan perlu diseimbangkan untuk menjamin masa depan yang cerah - Gambar Hiasan
Laporan akhbar menyatakan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua pelajar sekolah rendah dan menengah wajib menyertai satu jenis sukan.
Beliau berkata, sebuah jawatankuasa sementara akan ditubuhkan bagi mengkaji untuk memberikan kredit kepada pelajar yang menyertai sukan.
Kajian untuk memberikan kredit atau markah kepada pelajar yang terbabit sukan adalah bagi mengubah persepsi ibu bapa sebelum ini melihat aktiviti sukan tidak memberi makna, sebaliknya lebih menekankan pencapaian akademik anak mereka.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan sebenarnya penyertaan pelajar dalam sukan sudah diwajibkan dalam kokurikulum sebelum ini cuma tidak diberikan penekanan.
“Kita mahu terapkan nilai sukan di sekolah dan mengembalikan sekolah sebagai institusi utama untuk melahirkan bakat sukan di peringkat akar umbi,” katanya.
Selain itu, kajian juga akan dilakukan bagi membolehkan aktiviti sukan di sekolah dijalankan sepanjang tahun bagi menyemarakkan budaya bersukan dan tidak hanya bertumpu pada tiga bulan pertama sesi persekolahan seperti mana sekarang.
Kalau konsep ini sememangnya sudah lama dilaksanakan di sekolah, kenapa kini ia perlu diwajibkan sehingga akan ada jawatankuasa yang akan memantau?
Di mana silapnya dan adakah ia datang dari pihak sekolah atau sebenarnya sukan ini dipandang enteng oleh sesetengah sekolah?
Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pengetua Malaysia, Azam Md Atan, berkata konsep ini sememangnya sudah mana wujud di sekolah terutama di sekolah berasrama penuh (SBP).
Justeru, katanya saranan kementerian itu memang kena pada masanya.
“Memang konsep ini sudah lama wujud di sekolah, tetapi selama ini tidak banyak sekolah yang mewajibkan pelajarnya mengambil mengikuti satu jenis sukan.
“Jadi, bila arahan ini sudah dikeluarkan, sekolah tidak akan mementingkan akademik semata sebaliknya turut menitikberatkan sukan,” katanya.
Kata Azam yang juga Pengetua baru Sekolah Menengah Sains Rembau, Negeri Sembilan, konsep satu pelajar satu sukan masih tidak berjalan seperti mana yang diinginkan pihak berkenaan kerana guru terlatih dalam bidang sukan tidak ada.
“Ketiadaan guru sukan berkelayakan dan berkebolehan adalah faktor utama kenapa perkara ini masih sukar dilaksanakan.
“Kebanyakan guru yang mengajar subjek sukan tidak berkelayakan, tetapi terpaksa juga melakukannya dan akhirnya aktiviti sukan itu tidak rancak,” katanya.
Mengulas mengenai arah kementerian untuk mewajibkan pelajar menyertai satu jenis sukan, menurut Azam, dia sangat bersetuju dengan langkah itu.
“Sukan adalah sangat penting terutama dalam membentuk pelbagai kemahiran insaniah terutama dalam berkomunikasi, bekerjasama dan sebagainya.
“Seperti di SBP, kita tahu pelajar memang bijak. Tetapi kalau kita membiarkan mereka menjadi ulat buku, susah nanti.
“Ini kerana sukan atau aktiviti kokurikulum dapat melahirkan pelajar berkebolehan dalam pelbagai kemahiran dan bukannya akademik semata-mata,” katanya.
Menurut Azam lagi, sekiranya pelajar bijak dibiarkan tanpa aktiviti lain seperti sukan, tidak mustahil mereka akan menjadi pelajar yang sombong apabila menamatkan persekolahan kerana tidak punya kemahiran berkomunikasi.
“Bagi mengelak perkara ini berlaku, pengetua dan guru besar harus optimis dalam hal ini kerana sukan boleh membentuk peribadi seseorang pelajar.
“Ini tidak, ada sekolah yang menukar subjek pendidikan jasmani dengan subjek dianggap lebih penting seperti sains, matematik atau subjek lain.
“Jadi, pengetua patut mengubah sikap dan memastikan pelaksanaan mewajibkan pelajar menyertai satu sukan yang akan dilaksanakan bermula tahun hadapan berjaya,” katanya.
Selain mengubah sikap, Azam berkata pengetua dan guru besar perlu menyamaratakan sukan dan akademik kerana jika ia tidak seimbang, ini bermakna Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak mencapai matlamat yang di kehendaki.
“Falsafah Pendidikan Kebangsaan mahu sekolah dapat melahirkan pelajar yang terbaik dalam empat aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek.
“Jasmani yang dimaksudkan dalam falsafah pendidikan negara itu adalah sukan. Justeru, jika sukan tidak dititik beratkan, maka cacatlah falsafah itu.
“Selain itu, kalau tidak ada sukan, tidak sihatlah pelajar-pelajar kita,” katanya.
Sebagai pengetua dan juga Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pengetua Malaysia, saya berharap guru besar dan pengetua perlu berubah.
“Kita perlu sedar akademik tidak semestinya menjamin masa depan pelajar walaupun mereka memperoleh 10A dalam peperiksaan.
“Sebagai ketua, wajibkan sukan kerana ia adalah salah satu komponen penting dalam pendidikan.
“Memang tidak dinafikan akademik penting tapi sukan pun sama penting dan ia perlu diseimbangkan,” katanya yang baru bertugas di Sekolah Sains Rembau itu,

Saturday, March 27, 2010

Syarat baru bersara pilihan




Syarat baru bersara pilihanOleh Johari Ibrahim joib@bharian.com.my2010/03/27
Datuk Yeow Chin KiongJPA perketat permohonan berikutan kedudukan kewangan semasa, elak kekurangan pegawai terlatihPUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengetatkan permohonan bersara pilihan kakitangan awam Persekutuan, negeri dan badan berkanun serta tempatan berikutan kedudukan kewangan semasa negara, selain mengelakkan kekurangan pegawai terlatih bagi mengendalikan inisiatif Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA, Datuk Yeow Chin Kiong, berkata antara syarat baru yang diperkenalkan mulai 1 Februari lalu ialah kakitangan perlu bersetuju menerima hanya 20 peratus ganjaran atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi ketika bersara pilihan berbanding bayaran, sekali gus seperti sebelum ini. Katanya, baki ganjaran akan dibayar bergantung kepada keputusan kerajaan, tetapi tidak melampaui usia bersara wajib pekerja terbabit.Namun, Yeow berkata, kelonggaran kakitangan menerima ganjaran penuh ketika bersara pilihan hanya diberikan bagi kes khusus, iaitu membabitkan keperluan rawatan perubatan petugas atau keluarga, perbelanjaan pendidikan sendiri atau keluarga dan kakitangan memerlukan wang untuk mengelakkan daripada tindakan bankrap yang semuanya memerlukan bukti bertulis.Beliau berkata, kali pertama JPA mengambil langkah sama ialah pada 1998 berkuat kuasa selama 18 bulan.Yeow berkata, JPA perlu meminimumkan jumlah kakitangan bersara pilihan demi kepentingan jentera pentadbiran berikutan inisiatif GTP yang sedang dilaksanakan, sekali gus mengelakkan jabatan kehilangan tenaga kerja berpengalaman. "Waktu ini adalah era perkhidmatan awam yang penuh cabaran dan kerajaan sedang melakukan pelbagai penambahbaikan dalam skim perkhidmatan awam untuk menangani keadaan semasa," katanya kepada Berita Harian.Beliau berkata, kerajaan membayar RM1.1 bilion setahun ganjaran kepada kakitangan yang bersara pilihan dan pencen wajib, tetapi dijangka meningkat kepada RM1.5 bilion tahun ini apabila kumpulan pertama yang usia bersara wajib dilanjutkan daripada 56 kepada 58 tahun bersara mulai 1 Julai ini.Yeow juga menjelaskan bersara pilihan adalah keistimewaan yang dipertimbangkan bagi kakitangan sektor awam dengan mengambil kira kepentingan jabatan, perkhidmatan dan keadaan kewangan negara.Beliau berkata, bagi tempoh antara 1 Februari tahun ini hingga Khamis lalu, JPA menerima 426 permohonan bersara pilihan dan 200 daripadanya diluluskan dengan bayaran ganjaran 20 peratus yang membabitkan penangguhan bayaran sebanyak RM11.5 juta.Sebanyak 121 permohonan lagi diluluskan dengan pembayaran ganjaran penuh, manakala 105 menarik balik permohonan yang membabitkan penangguhan bayaran ganjaran RM9.3 juta. Pada masa ini, ada 1,253,026 kakitangan termasuk anggota polis dan tentera dalam perkhidmatan awam. Tahun lalu, 3,553 kakitangan awam bersara pilihan, 2,991 pada 2008, 3,331 pada 2007, 3,306 pada 2006 dan 3,033 pada 2005. Selain itu, kira-kira 15,000 kakitangan awam bersara wajib setiap tahun.Sementara itu, dalam surat edaran JPA bertarikh 25 Januari lalu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, berkata baki ganjaran 80 peratus akan dibayar pada tarikh yang akan ditetapkan kerajaan tetapi tidak melampaui umur persaraan wajib kakitangan terbabit.Bagaimanapun, wang untuk gantian cuti rehat dan pencen bulanan akan dibayar mengikut undang-undang

inilah kerja gila manusia sekarang

adakah ini yang dikata mengahalalkan segala cara demi keinginan yang membabi buta

Thursday, March 11, 2010

KEPUTUSAN SPM 2009

THURSDAY, MARCH 11, 2010

KEPUTUSAN SPM 2009

Keputusan SPM yang diumumkan pada pagi ini telah menyaksikan beberapa orang pelajar SMKSB berjaya mencapai keputusan yang baik. 7A 2 orang 6A 2 orang 5A 4 orang 4A 3 Orang

Para pelajar mula berkumpul di sekolah seawal jam 9.30 pagi untuk mendapatkan keputusan masing-masing. Secara keseluruhannya, pencapaian SPM 2009 bagi calon-calonSMKSB adalah sangat baik.

Menurut Cikgu Omar selaku Pengetua SMKSB, pencapaian calon-calon SPM 2009 merupakan pencapaian yang terbaik bagi sekolah ini bagi tempoh 2 tahun.

Tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2009. Sekalung penghargaan buat seluruh warga pendidik SMKSB.

Sunday, March 7, 2010

Guru dapat Imbuhan

Prestasi sekolah meningkat, guru turut dapat imbuhan

Oleh Jalal Ali Abdul Rahim dan Shamsul Kamal Amarudin
bminggu@bharian.com.my

Insentif wang, kenaikan pangkat iktiraf tenaga pengajar: Muhyiddin

SLIM RIVER: Jika selama ini hanya pentadbir sekolah, iaitu pengetua dan guru besar diberi insentif, termasuk kenaikan pangkat kerana meningkatkan prestasi sekolah, mulai tahun depan guru turut diberi penghargaan sama.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pemberian insentif yang dilaksanakan melalui Pelan Menambahbaik Sekolah-Sekolah itu terangkum dalam baiah baru akan turut meliputi guru kerana mereka turut menyumbang kepada prestasi dan pencapaian sekolah masing-masing, sama ada di bandar atau luar bandar.

Katanya, beliau akan mengumumkan secara terperinci bentuk insentif berkenaan pada sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini yang disifatkannya imbuhan yang 'amat baik'.


"Dalam satu sekolah, pemimpin itu adalah pengetua atau guru besar, tetapi bila sekolah itu meningkat, kita bukan saja beri (insentif) kepada pengetua saja, tetapi kepada semua.

"Guru pun dapat kerana kita mengiktiraf peranan itu bukan dimainkan seorang pemimpin dalam sekolah (saja), tetapi semua guru bekerjasama dan jika mereka (pengetua dan guru besar) dapat kredit, mereka (guru) juga dapat insentif dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan, termasuk kenaikan pangkat," katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, kementerian akan mula menilai prestasi 10,000 sekolah tahun ini bagi tujuan itu.

"Prestasi yang mereka tunjukkan tahun ini akan kita ukur dan jika kedudukan mereka (sekolah) meningkat berbanding tahun sebelumnya, peningkatan itu kita ambil kira dalam memberi imbuhan," katanya pada sidang media selepas melancarkan program Juara Rakyat peringkat Negeri Perak dan kempen Jom Sokong BN (Barisan Nasional) di Tasek YDP Slim River, dekat sini, semalam.

Hadir sama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta barisan pemimpin BN pusat dan negeri.

Timbalan Perdana Menteri diminta mengulas mengenai pemberian insentif itu yang disebut dalam ucapan pada majlis pertemuannya dengan warga pendidik Daerah Batang Padang di Politeknik Sultan Azlan Shah (Polisas) di Behrang, sebelum itu, iaitu majlis pertama dihadirinya sempena lawatan sehari ke Perak.

Mengulas lanjut baiah baru dan insentif itu, Muhyiddin berkata, ia bertujuan memberi pengiktirafan kepada pengetua dan guru besar yang menunjukkan kepemimpinan cemerlang seperti mampu meningkatkan prestasi, walaupun dengan peruntukan kecil diperoleh.

Mengenai insentif kepada pihak swasta yang membuka kelas prasekolah, beliau berkata, beliau akan mengumumkan butiran pemberian imbuhan itu minggu depan.

"Kita akan beri imbuhan dalam bentuk geran pelancaran, tetapi ini bukan bagi membayar kos untuk bina sekolah prasekolah, tetapi token yang bukan kecil bagi mereka (pihak swasta) memulakan kelas prasekolah," katanya.

Muhyiddin berkata, usaha itu bagi membantu mencapai sasaran 87 peratus kanak-kanak yang memasuki alam persekolahan formal sudah mengikuti proses pendidikan prasekolah dalam tempoh tiga tahun akan datang, berbanding tahap 67 peratus ketika ini, yang disifatkannya satu cabaran besar bagi kementerian untuk dicapai.

Dalam ucapannya sebelum itu, Muhyiddin berkata, kementerian berharap semua guru gigih bagi mencemerlangkan pendidikan negara ke tahap global dan bukan sekadar 'jaguh kampung'.

Beliau berkata, guru perlu memberi kerjasama membantu kementerian mencapai matlamat holistik digariskan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam bidang pendidikan serta melahirkan insan kamil dan modal insan berkualiti.

Keputusan SPM

FRIDAY, MARCH 5, 2010

Keputusan SPM, STAM 11 Mac

KUALA LUMPUR 4 Mac - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumumkan pada 11 Mac ini.


Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mat Dom berkata, calon-calon kedua-dua peperiksaan tersebut boleh mendapatkan keputusan berkenaan di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi.

"Calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, analisis keputusan peperiksaan tersebut juga akan dibentangkan pada hari yang sama di Kementerian Pelajaran.

Sejumlah 465,853 calon mengambil SPM dan 6,920 lagi menduduki STAM tahun lalu.

Pelancaran sistem maklumat pelajar (SIIS)

Alhamdulillah satu pelancaran inovasi sekolah (program SIIS ) pada 4.3.2010 baru -baru ini telah sempurna dijalankan . sistem ini telah disempurnakan oleh yang berbahagia timbalan Pengarah JPN Kedah . Kami warga SMKSB amat mengalu-alukan kedatangan Timbalan Pengarah ke sekolah ini. Sistem Maklumat pelajar ini mengabungkan semua aktiviti dalam sekolah dan luar sekolah berserta dengan akademik pelajar dan ia sanagt mudah unutk di kendalikan oleh oleh semua guru.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru inovasi kita iaitu cikgu Muhammad bin Abdullah kerana berjaya menghasilkan program ini.tidak lupa juga kepada semua warga SMKSB yang banyak memeberi sumbangan idea dan pandangan.
kita berharap semoga SMKSB akan terus maju ke hadapan.

Friday, January 22, 2010

Permohonan ke IPTA secara talian sepenuhnya sesi 2010/2011

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi Program Lepasan SPM/Setaraf dilaksanakan melalui aplikasi dalam talian secara sepenuhnya mulai sesi akademik bagi 2010/2011.

Menurut kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi, permohonan diadakan dalam dua fasa dan bagi fasa pertama ia telah dibuka kepada pemohon mulai 2 November lepas dan tarikh tutup adalah pada 31 Disember ini.

Fasa kedua permohonan pula akan dibuka pada 2 Februari 2010 mulai pukul 12 tengah hari sehingga 30 Mac 2010.


Menurut kenyataan itu lagi, permohonan kali ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu kategori bagi pemohon SPM 2009, kategori B bagi lepasan SPM 2008 atau 2007, kategori C untuk lepasan SPM 2006 atau sebelumnya atau yang mempunyai sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA dan kategori D adalah bagi lepasan SPM 2007 dengan sijil ulangan 2008 atau SPM 2007 dengan sijil ulangan 2009, atau SPM 2008 dengan sijil ulangan 2009.

Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan mendaftar melalui URL laman web rasmi kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.

Bagi pemohon fasa 1, mereka dikehendaki mengemukakan permohonan dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau MyKad serta kata laluan dan mengisi di bahagian maklumat peribadi, maklumat pekerjaan dan keluarga, kategori permohonan dan maklumat aktiviti kokurikulum yang disertai.

Bagi pemohon fasa dua, mereka perlu membuat permohonan dengan menggunakan nombor unik ID dan nombor kad pengenalan atau MyKad serta kata laluan.

"Pemohon boleh mendapatkan nombor unik ID yang boleh dibeli dengan harga RM10.60 di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui mesin ATM atau SMS (jarak) Banking (bagi pemegang akaun GIRO) di seluruh negara mulai 1 Februari 2010 sehingga tarikh tutup permohonan pada 30 Mac 2010.

"Pemohon dibenarkan membuat sekali permohonan dan tiga kali pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 30 Mac 2010," kata kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-88835801 atau 03-88835802 atau emel ke www.upu.mohe.gov.my. - BERNAMA

SANTAI...PERSAHABATAN











syarat ke IPTA

10 peratus markah kokurikulum masuk IPTA

PUTRAJAYA 30 Dis. - Pemilihan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah berasaskan 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata, 10 peratus markah kokurikulum akan diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran yang bertanggungjawab menilai penglibatan pelajar dalam aktiviti tersebut.

''Markah kokurikulum yang diperoleh akan dipadankan dengan markah akademik yang diperoleh daripada agensi peperiksaan seperti Majlis Peperiksaan Malaysia; Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran serta Lembaga Peperiksaan untuk tujuan pemilihan pelajar ke IPTA.


''Dasar perkongsian data Kementerian Pengajian Tinggi dengan agensi peperiksaan dan Kementerian Pelajaran meningkatkan integriti dan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Radin Umar berkata, perkara tersebut perlu dijelaskan selepas pihaknya menerima beberapa pertanyaan daripada orang ramai yang masih tidak pasti dengan kaedah pengiraan markah untuk masuk ke IPTA.

''Kementerian telah mengedarkan risalah lengkap ke semua sekolah menengah mulai minggu pertama November bagi menerangkan prosedur permohonan dan pemilihan ke IPTA.

''Pemohon digalakkan mendapatkan bimbingan, khidmat nasihat dan panduan yang jelas serta tepat daripada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah sebelum mengemukakan permohonan ke IPTA," katanya.

Tambahnya, orang ramai boleh melayari laman web upu.mohe.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

''Orang ramai juga boleh mengunjungi Karnival Pengajian Tinggi di 10 zon terpilih dari 9 Januari hingga 29 Mac 2010 untuk mendapatkan nasihat mengenai IPTA, institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), politeknik, kolej komuniti dan institusi pendidikan tinggi lain," katanya