Thursday, March 11, 2010

KEPUTUSAN SPM 2009

THURSDAY, MARCH 11, 2010

KEPUTUSAN SPM 2009

Keputusan SPM yang diumumkan pada pagi ini telah menyaksikan beberapa orang pelajar SMKSB berjaya mencapai keputusan yang baik. 7A 2 orang 6A 2 orang 5A 4 orang 4A 3 Orang

Para pelajar mula berkumpul di sekolah seawal jam 9.30 pagi untuk mendapatkan keputusan masing-masing. Secara keseluruhannya, pencapaian SPM 2009 bagi calon-calonSMKSB adalah sangat baik.

Menurut Cikgu Omar selaku Pengetua SMKSB, pencapaian calon-calon SPM 2009 merupakan pencapaian yang terbaik bagi sekolah ini bagi tempoh 2 tahun.

Tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2009. Sekalung penghargaan buat seluruh warga pendidik SMKSB.

Sunday, March 7, 2010

Guru dapat Imbuhan

Prestasi sekolah meningkat, guru turut dapat imbuhan

Oleh Jalal Ali Abdul Rahim dan Shamsul Kamal Amarudin
bminggu@bharian.com.my

Insentif wang, kenaikan pangkat iktiraf tenaga pengajar: Muhyiddin

SLIM RIVER: Jika selama ini hanya pentadbir sekolah, iaitu pengetua dan guru besar diberi insentif, termasuk kenaikan pangkat kerana meningkatkan prestasi sekolah, mulai tahun depan guru turut diberi penghargaan sama.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pemberian insentif yang dilaksanakan melalui Pelan Menambahbaik Sekolah-Sekolah itu terangkum dalam baiah baru akan turut meliputi guru kerana mereka turut menyumbang kepada prestasi dan pencapaian sekolah masing-masing, sama ada di bandar atau luar bandar.

Katanya, beliau akan mengumumkan secara terperinci bentuk insentif berkenaan pada sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini yang disifatkannya imbuhan yang 'amat baik'.


"Dalam satu sekolah, pemimpin itu adalah pengetua atau guru besar, tetapi bila sekolah itu meningkat, kita bukan saja beri (insentif) kepada pengetua saja, tetapi kepada semua.

"Guru pun dapat kerana kita mengiktiraf peranan itu bukan dimainkan seorang pemimpin dalam sekolah (saja), tetapi semua guru bekerjasama dan jika mereka (pengetua dan guru besar) dapat kredit, mereka (guru) juga dapat insentif dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan, termasuk kenaikan pangkat," katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, kementerian akan mula menilai prestasi 10,000 sekolah tahun ini bagi tujuan itu.

"Prestasi yang mereka tunjukkan tahun ini akan kita ukur dan jika kedudukan mereka (sekolah) meningkat berbanding tahun sebelumnya, peningkatan itu kita ambil kira dalam memberi imbuhan," katanya pada sidang media selepas melancarkan program Juara Rakyat peringkat Negeri Perak dan kempen Jom Sokong BN (Barisan Nasional) di Tasek YDP Slim River, dekat sini, semalam.

Hadir sama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta barisan pemimpin BN pusat dan negeri.

Timbalan Perdana Menteri diminta mengulas mengenai pemberian insentif itu yang disebut dalam ucapan pada majlis pertemuannya dengan warga pendidik Daerah Batang Padang di Politeknik Sultan Azlan Shah (Polisas) di Behrang, sebelum itu, iaitu majlis pertama dihadirinya sempena lawatan sehari ke Perak.

Mengulas lanjut baiah baru dan insentif itu, Muhyiddin berkata, ia bertujuan memberi pengiktirafan kepada pengetua dan guru besar yang menunjukkan kepemimpinan cemerlang seperti mampu meningkatkan prestasi, walaupun dengan peruntukan kecil diperoleh.

Mengenai insentif kepada pihak swasta yang membuka kelas prasekolah, beliau berkata, beliau akan mengumumkan butiran pemberian imbuhan itu minggu depan.

"Kita akan beri imbuhan dalam bentuk geran pelancaran, tetapi ini bukan bagi membayar kos untuk bina sekolah prasekolah, tetapi token yang bukan kecil bagi mereka (pihak swasta) memulakan kelas prasekolah," katanya.

Muhyiddin berkata, usaha itu bagi membantu mencapai sasaran 87 peratus kanak-kanak yang memasuki alam persekolahan formal sudah mengikuti proses pendidikan prasekolah dalam tempoh tiga tahun akan datang, berbanding tahap 67 peratus ketika ini, yang disifatkannya satu cabaran besar bagi kementerian untuk dicapai.

Dalam ucapannya sebelum itu, Muhyiddin berkata, kementerian berharap semua guru gigih bagi mencemerlangkan pendidikan negara ke tahap global dan bukan sekadar 'jaguh kampung'.

Beliau berkata, guru perlu memberi kerjasama membantu kementerian mencapai matlamat holistik digariskan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam bidang pendidikan serta melahirkan insan kamil dan modal insan berkualiti.

Keputusan SPM

FRIDAY, MARCH 5, 2010

Keputusan SPM, STAM 11 Mac

KUALA LUMPUR 4 Mac - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumumkan pada 11 Mac ini.


Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mat Dom berkata, calon-calon kedua-dua peperiksaan tersebut boleh mendapatkan keputusan berkenaan di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi.

"Calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, analisis keputusan peperiksaan tersebut juga akan dibentangkan pada hari yang sama di Kementerian Pelajaran.

Sejumlah 465,853 calon mengambil SPM dan 6,920 lagi menduduki STAM tahun lalu.

Pelancaran sistem maklumat pelajar (SIIS)

Alhamdulillah satu pelancaran inovasi sekolah (program SIIS ) pada 4.3.2010 baru -baru ini telah sempurna dijalankan . sistem ini telah disempurnakan oleh yang berbahagia timbalan Pengarah JPN Kedah . Kami warga SMKSB amat mengalu-alukan kedatangan Timbalan Pengarah ke sekolah ini. Sistem Maklumat pelajar ini mengabungkan semua aktiviti dalam sekolah dan luar sekolah berserta dengan akademik pelajar dan ia sanagt mudah unutk di kendalikan oleh oleh semua guru.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru inovasi kita iaitu cikgu Muhammad bin Abdullah kerana berjaya menghasilkan program ini.tidak lupa juga kepada semua warga SMKSB yang banyak memeberi sumbangan idea dan pandangan.
kita berharap semoga SMKSB akan terus maju ke hadapan.

Friday, January 22, 2010

Permohonan ke IPTA secara talian sepenuhnya sesi 2010/2011

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi Program Lepasan SPM/Setaraf dilaksanakan melalui aplikasi dalam talian secara sepenuhnya mulai sesi akademik bagi 2010/2011.

Menurut kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi, permohonan diadakan dalam dua fasa dan bagi fasa pertama ia telah dibuka kepada pemohon mulai 2 November lepas dan tarikh tutup adalah pada 31 Disember ini.

Fasa kedua permohonan pula akan dibuka pada 2 Februari 2010 mulai pukul 12 tengah hari sehingga 30 Mac 2010.


Menurut kenyataan itu lagi, permohonan kali ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu kategori bagi pemohon SPM 2009, kategori B bagi lepasan SPM 2008 atau 2007, kategori C untuk lepasan SPM 2006 atau sebelumnya atau yang mempunyai sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA dan kategori D adalah bagi lepasan SPM 2007 dengan sijil ulangan 2008 atau SPM 2007 dengan sijil ulangan 2009, atau SPM 2008 dengan sijil ulangan 2009.

Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan mendaftar melalui URL laman web rasmi kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.

Bagi pemohon fasa 1, mereka dikehendaki mengemukakan permohonan dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau MyKad serta kata laluan dan mengisi di bahagian maklumat peribadi, maklumat pekerjaan dan keluarga, kategori permohonan dan maklumat aktiviti kokurikulum yang disertai.

Bagi pemohon fasa dua, mereka perlu membuat permohonan dengan menggunakan nombor unik ID dan nombor kad pengenalan atau MyKad serta kata laluan.

"Pemohon boleh mendapatkan nombor unik ID yang boleh dibeli dengan harga RM10.60 di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui mesin ATM atau SMS (jarak) Banking (bagi pemegang akaun GIRO) di seluruh negara mulai 1 Februari 2010 sehingga tarikh tutup permohonan pada 30 Mac 2010.

"Pemohon dibenarkan membuat sekali permohonan dan tiga kali pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 30 Mac 2010," kata kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-88835801 atau 03-88835802 atau emel ke www.upu.mohe.gov.my. - BERNAMA

SANTAI...PERSAHABATAN











syarat ke IPTA

10 peratus markah kokurikulum masuk IPTA

PUTRAJAYA 30 Dis. - Pemilihan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah berasaskan 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata, 10 peratus markah kokurikulum akan diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran yang bertanggungjawab menilai penglibatan pelajar dalam aktiviti tersebut.

''Markah kokurikulum yang diperoleh akan dipadankan dengan markah akademik yang diperoleh daripada agensi peperiksaan seperti Majlis Peperiksaan Malaysia; Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran serta Lembaga Peperiksaan untuk tujuan pemilihan pelajar ke IPTA.


''Dasar perkongsian data Kementerian Pengajian Tinggi dengan agensi peperiksaan dan Kementerian Pelajaran meningkatkan integriti dan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Radin Umar berkata, perkara tersebut perlu dijelaskan selepas pihaknya menerima beberapa pertanyaan daripada orang ramai yang masih tidak pasti dengan kaedah pengiraan markah untuk masuk ke IPTA.

''Kementerian telah mengedarkan risalah lengkap ke semua sekolah menengah mulai minggu pertama November bagi menerangkan prosedur permohonan dan pemilihan ke IPTA.

''Pemohon digalakkan mendapatkan bimbingan, khidmat nasihat dan panduan yang jelas serta tepat daripada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah sebelum mengemukakan permohonan ke IPTA," katanya.

Tambahnya, orang ramai boleh melayari laman web upu.mohe.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

''Orang ramai juga boleh mengunjungi Karnival Pengajian Tinggi di 10 zon terpilih dari 9 Januari hingga 29 Mac 2010 untuk mendapatkan nasihat mengenai IPTA, institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), politeknik, kolej komuniti dan institusi pendidikan tinggi lain," katanya