Tuesday, January 17, 2012

LATIHAN SUKAN.

-Admin-
Dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berwibawa dan berkretampilan pihak sekolah berusaha sedaya upaya untuk membangunkan sahsiah pelajar. Bidang sukan tidak terkecuali. Sehubungan itu, pihak sekolah telah mengaturkan latihan sukan akan bermula pada 16 Januari 2012. latihan bermula pada jam 3.30 petang - 5.30 petang.

Pihak sekolah berharap agar pelajar dapat meningkatkan komitmen yang tinggi dalam usaha menjadikan sekolah ini kompetitif dalam bidang sukan.

KELAS INTERVENSI

-Admin-
Kelas Intervensi bagi pelajar Tingkatn 1 akan bermula pada 16 Januari 2012. Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kecekapan dan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar.
Sehubungan itu, pihak sekolah berharap agar ibu bapa dapat memberi kerjasama dari segi memantau kedatangan anak-anak mereka ke sekolah.

Pembantu guru untuk kelas ini ialah Cik Nur Atikah Amirah bt Ramli.

KURSUS LDP 1

-Admin-
Kursus LDP 1 telah diadakan pada 7 Januari 2012.
Antara matlamat kursus adalah mengenai Pentafsiran Berasaskan Sekolah (PBS). Selain itu, pihak pengurusan berharap para guru memahami kaedah pelaksanaan PBS selari dengan Kementerian Pelajaran.

Kursus ini telah diadakan di Makmal ICT dan dikendalikan oleh :
1. Puan Azibah bt Abd Yazid
2. Puan Rohani bt Yahaya
3. Encik Abdul Halim bin Sharif

Monday, November 14, 2011

pemberian wang rm 100

-Admin-pada jam 11.30 pagi hari ini kelihatan ramai para waris tingkatan satu dan dua datang ke sekolah untuk mendapatkan wang rm 100 daripada pihak sekolah.semuanya telah berjalan dengan lancar . pihak sekolah mengharapkan agar waris dapat mengunakan pemberian ini dengan baik bagi meringankan bebanan mereka. seterusnya memastikan semua kelengkapan anak-anak dapat dipenuhi untuk pembelajaran bagi tahun 2012 nanti.

peperiksaan SPM 2011

Alhamdulilah .hari ini pelajar pelajar Ting 5 Telah pun menduduki peperiksaan SPM. kami warga SMKSB mendoakan semua pelajar dapat menjawab peperiksaan dengan baik.

Thursday, September 22, 2011

MAJLIS MEMBACA YASIN DAN SOLAT HAJAT

-Admin-

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SMK Seri Badong akan mengadakan majlis membaca yassin dan solat hajat seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 29 September 2011
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Masjid Al Abidi Kg Pasir, Merbok, Kedah

Jesteru pihak sekolah dengan segala hormatnya mengundang tuan/puan ke majlis demi mencari keberkatan daripada Allah S.W.T agar anak-anak kita berjaya dalam peperiksaan kelak.

Sunday, August 7, 2011

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR

-Admin-
Pada minggu ini 7hb Ogos sehingga 11 Ogos 2011 diadaka percubaan PMR.
Pihak sekolah mengucapkan selamat menjawab peperiksaan kepada pelajar tingkatan 3. Semoga pelajar tabah dah berusaha bersungguh-sungguh demi masa depan yang cemerlang.