Tuesday, August 18, 2015

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KALI KE-58

 Smk Seri Badong, 16 Ogos 2015, bertempat di tapak perhimpunan pagi, pihak sekolah telah melancarkan  kempen kibarkan jalur gemilang berserta sambutan Bulan Kemerdekaan yang di sambut pada bulan ogos setiap tahun. Pihak sekolah juga memyediakan beberapa program dan pertandigan sepanjang sambutan ini berlangsung. Semoga usaha memperingati hari kemerdekaan dan sejarah negara kita ini akan menyedarkan semua pihak dari mana kita berasal dan di mana kita berada sekarang. #merdeka #sehatisejiwa




-smksb blog admin-

Sunday, August 16, 2015

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

 8 OGOS 2015, Smk Seri Badong. Sebuah  Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan bagi memeriahkan suasana Hari Raya di kalangan Guru-guru dan semua murid. Semua guru dan murid di wajibkan berpakaian baju raya bertujuan menimbulkan suasana hari raya. # inikanraya





-smksb blog admin-

Thursday, August 13, 2015

PROGRAM SENTUHAN KASIH TINGKATAN 5

 Dewan Al-Biruni, 6&7 Ogos 2015. Smk Seri Badong telah mengadakan satu program khas untuk pelajar tingkatan 5 iaitu Program Sentuhan Kasih untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 untuk menghadapi peperiksaan SPM yang akan menjelang tidak lama lagi. Terima kasih kepada pelajar yang mengambil bahagian dan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang menjayakan program ini.




-smksb blog admin-